Labels


Minda Terbuka

Bicara Tentang Politik dan Halatuju Malaysia Negara Tercinta

MELAYU MUDAH DITIPU 7:43 PTG

Saya pasti ramai orang Melayu marah bila membaca tajuk di atas. Merah padam muka. Marah, geram dan benci kepada penulis. Penulis tidak berkecil hati kerana itulah tindakan refleks yang sepatutnya ada pada setiap Melayu.

Penulis tidak berniat untuk membuat provokasi, cuma ingin membawa pembaca merenung jauh, menerobos ke dalam diri, mengenal diri sendiri.

Ibu-bapa ditipu oleh anak-anak, majikan ditipu oleh pekerja, pembeli ditipu oleh peniaga dan rakyat ditipu oleh para pemimpin. Kenapa kita mudah ditipu? Terlalu bodoh kah kita? Saya rasa tidak. Ini kerana ada dikalangan mangsa penipuan ini terdiri daripada golongan professional.

Kita ditipu kerana sikap kita yang mudah percaya tanpa usul periksa. Dalam erti kata lain, kita percaya secara membuta tuli, terutamanya cakap-cakap pemimpin atasan. Kita tidak pernah mempersoalkan kebenaran walaupun hujah-hujah pemimpin kita kadang kala ada sedikit kejanggalan. Kita terima bulat-bulat. Kita taksub.

Masih saya ingat ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Para pemimpin UMNO masuk ke kampung-kampung memberi penerangan. (yang lebih banyak kepada pembohongan sebenarnya)

Mereka kata Anwar pembelot! Anwar petualang! Anwar pengkhianat! Anwar jual rahsia negara.
Habis satu kampung saya percaya dan sampai hari ini masih ada saki-baki Melayu yang mindanya tertutup percaya kepada pembohongan ini.

Hari demi hari saya tunggu. Bilakah Anwar Ibrahim akan didakwa kerana 'kononnya' menjual rahsia negara. Besar kesalahan ini, bukan main-main. Tetapi sebaliknya Anwar didakwa atas tuduhan salahguna kuasa dan 'kononnya' meliwat. Tilam yang diusung kesana-kemari, bukannya dokumen yang 'kononnya' dibocorkan oleh Anwar.

Apa dah jadi ni? Kenapa tidak mendakwa Anwar atas tuduhan menjual rahsia negara? Jika benar, kenapa tidak didakwa saja? Ternyata penerangan tokoh-tokoh UMNO selama ini, terutamanya Tun Mahathir adalah suatu pembohongan kepada umat Melayu. Dan kita umat Melayu masih percaya dan rela ditipu oleh politikus yang memperjuangkan kepentingan peribadi.

Renung-renungkanlah!


Oleh: Anuar Musang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.