Labels


Minda Terbuka

Bicara Tentang Politik dan Halatuju Malaysia Negara Tercinta

MINYAK NAIK, HARGA BARANG NAIK, DARAH PUN NAIK ! 9:37 PTG

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada rakyat Malaysia. Satu demi satu bala datang menimpa. Selepas ini, entah bala apa yang bakal tiba. Mungkin inilah balasan akibat tersalah pilih kerajaan.

Usahlah dipersalahkan Abdullah Badawi diatas apa yang terjadi. Salahkan diri sendiri. Anda yang memilihnya. Bak kata beliau "rakyat yang memberi mandat kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri". Beliau tidak minta pun untuk menjadi Perdana Menteri tetapi Mahathir yang melantik beliau dan disokong oleh jemaah menteri dan sekalian ahli UMNO yang ada. Jadi, kenapa hendak salahkan beliau?

Pada hari parlimen dibubarkan, beliau tidak mempunyai kuasa pun. Beliau adalah rakyat biasa. Rakyat sebenarnya yang berkuasa pada waktu itu. Tetapi malangnya, rakyat yang tidak tahu menghargai kuasa yang ada. Majoriti rakyat jelata kurang bijak menggunakan kuasa yang ada. Maka diberikan kuasa itu kepada Abdullah Badawi pada hari pengundian. Maka berkuasalah Abdullah dan bermaharajalah si Abdullah itu.

Apa lagi yang mampu kita buat? Mendesak Abdullah berundur? Jangan mimpilah! Sampai kering air liur pun saya yakin Abdullah tidak akan berundur dalam masa terdekat ini. Beliau tidak akan mendengar rintihan rakyat kerana beliau sudah pekak dan beliau tidak akan melihat penderitaan rakyat kerana beliau sudah buta.

Suka atau tidak, terpaksalah kita tunggu hingga ke hari pemilihan UMNO kalau-kalau ada undi tidak percaya terhadap Abdullah atau ada pertandingan kerusi Presiden UMNO.

Kalau gagal juga, terpaksalah sekalian rakyat tunggu hingga saat Parlimen dibubarkan kembali (selewat-lewatnya 5 tahun akan datang) untuk kita membuat pilihan yang bijak bestari. Itupun kalau semangat masih membara.

Sekian, terima kasih.

Oleh: Sadik Sigajiwa