Labels


Minda Terbuka

Bicara Tentang Politik dan Halatuju Malaysia Negara Tercinta

MAHATHIR WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS 7:58 PTG



Setelah menarik diri dari UMNO, saya kira kerajaan patut mengkaji semula kedudukan Tun Mahathir Mohammad sebagai Penasihat Petronas.

Ini kerana tanpa Mahathir Petronas boleh berkembang maju. Apalah yang hendak dinasihatkan oleh Mahathir ini. Beliau bukanlah berkelulusan dalam bidang petroleum, ekonomi mahupun pengurusan perniagaan.

Beliau adalah lulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari Universiti Malaya. Bagai langit dengan bumi, kelulusan dan tugas yang diberi.

Lagipun, bukankah Petronas mempunyai Lembaga Pengarahnya sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab memacu Petronas ke hadapan. Tanpa Mahathir, sepuluh orang ahli lembaga pengarah masih boleh mentadbir Petronas.

Ingatlah. Zaman Mahathir sudah berlalu. Di era harga minyak makin meningkat, kerajaan perlu bijak berbelanja. Jika kontrak Mahathir ditamatkan, sekurang-kurangnya kerajaan dapat menjimatkan RM15,000.00 sebulan dan RM180,000.00 setahun. Mungkin bagi sesetengah orang jumlah ini terlalu kecil. Tapi bagaimana dengan rakyat bawahan, golongan marhaen yang kais pagi makan pagi. Fikirlah kesengsaraan rakyat.

Kalau saya berada dikedudukan Mahathir, saya rela meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas. Malu untuk saya makan hak rakyat yang hidup dalam kesempitan.

Andai benar Tun Mahathir berjuang untuk agama, bangsa dan negara, maka wajarlah beliau melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas. Jangan jadi HIPOKRIT!

Kita sebagai rakyat sepatutnya boleh menilai siapa sebenarnya Mahathir Mohammad ini. Bukalah minda. Relakah kita ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh politikus ini. Sanggupkah kita ditipu sampai mati?

Oleh: Sadik Sigajiwa (adik kepada Tuan Sadik Sigaraga)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Sadik,
Saya rasa Mid Man dan Shahrizat juga patut letak jawatan. Perhabis duit rakyat saja.