Labels


Minda Terbuka

Bicara Tentang Politik dan Halatuju Malaysia Negara Tercinta

KENAPA MAHATHIR KELUAR UMNO? 7:46 PTG

Mahathir keluar UMNO? Langsung saya tidak terkejut dengan berita itu, malah saya sudah dapat membaca tindakan ini selepas PRU12, lebih-lebih lagi bila pandangannya tidak diendah oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, terutamanya Abdullah Badawi.

Kenapa Mahathir keluar parti yang ditubuhkannya selepas pengharaman UMNO yang asal pada tahun 1988. Kenapa? Adakah tindakan beliau demi kepentingan kaum Melayu sejagat, atau beliau ada kepentingan peribadi. Fikirkanlah !

Mahathir dilihat mula kurang senang dengan Abdullah selepas pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura. Bermati-matian beliau cuba mempertahankan jambatan itu, namun hakikatnya Abdullah lebih berkuasa.

Selepas itu, boleh dikatakan apa saja tindakan Abdullah, tidak disenangi Mahathir. Ada saja perkara yang tidak kena pada pandangan Mahathir dan kemerosotan teruk Barisan Nasional dalam PRU12 menjadi senjata utama untuk Mahathir menekan Abdullah supaya berundur.

Setelah tuntutan tidak dilayan oleh Abdullah, kemuncaknya Mahathir terpaksa berundur. Cuma bezanya 'sandiwara' kali ini, beliau tidak dipujuk oleh Kak Pidah. Tiada siapa yang menangisi pemergian Mahathir, kecuali Sanusi Junid yang mengiringi Mahathir.

Namun Abdullah masih disitu, masih begitu. Berundur bererti pengecut, berundur bererti tertutuplah pintu rezeki untuk diri dan keturunannya. Sedangkan Mahathir boleh berkuasa selama 22 tahun, mana mungkin Abdullah berkuasa selama 5 tahun sahaja. Belum puas beliau duduk di kerusi empuk Perdana Menteri (kerana jarang masuk pejabat). Tempoh 5 tahun tidak sempat untuk mengumpul harta, mana sempat untuk melebarkan empayar perniagaan keluarga.

Persoalan sekarang, "Kenapa Mahathir keluar UMNO". Tentu ada sebab yang tersembunyi. Beliau bukan setakat tidak berpuas hati dengan Abdullah, malah dengan adik, anak dan menantu Abdullah.

Jawapannya sangat mudah. Semua tindakan yang Mahathir lakukan adalah disebabkan kepentingannya dan perniagaan anak-anaknya agak terjejas akibat kerakusan dinasti keluarga Abdullah dalam memonopoli membolot sumber kekayaan negara.

Saya pasti pakej pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan itu ada kaitan secara tidak langsung samada kepada Mahathir, keluarga ataupun kroni-kroninya. Ini kerana sudah menjadi lumrah manusia akan memperjuangkan sesuatu yang boleh memberi faedah kepada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai.

Fikirkanlah wahai rakyat jelata sekalian.

Oleh: Sadik Sigajiwa

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Where are the facts?Still nonsense talks....