Labels

  • Politik

Minda Terbuka

Bicara Tentang Politik dan Halatuju Malaysia Negara Tercinta

MINYAK NAIK, HARGA BARANG NAIK, DARAH PUN NAIK ! 9:37 PTG

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada rakyat Malaysia. Satu demi satu bala datang menimpa. Selepas ini, entah bala apa yang bakal tiba. Mungkin inilah balasan akibat tersalah pilih kerajaan.

Usahlah dipersalahkan Abdullah Badawi diatas apa yang terjadi. Salahkan diri sendiri. Anda yang memilihnya. Bak kata beliau "rakyat yang memberi mandat kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri". Beliau tidak minta pun untuk menjadi Perdana Menteri tetapi Mahathir yang melantik beliau dan disokong oleh jemaah menteri dan sekalian ahli UMNO yang ada. Jadi, kenapa hendak salahkan beliau?

Pada hari parlimen dibubarkan, beliau tidak mempunyai kuasa pun. Beliau adalah rakyat biasa. Rakyat sebenarnya yang berkuasa pada waktu itu. Tetapi malangnya, rakyat yang tidak tahu menghargai kuasa yang ada. Majoriti rakyat jelata kurang bijak menggunakan kuasa yang ada. Maka diberikan kuasa itu kepada Abdullah Badawi pada hari pengundian. Maka berkuasalah Abdullah dan bermaharajalah si Abdullah itu.

Apa lagi yang mampu kita buat? Mendesak Abdullah berundur? Jangan mimpilah! Sampai kering air liur pun saya yakin Abdullah tidak akan berundur dalam masa terdekat ini. Beliau tidak akan mendengar rintihan rakyat kerana beliau sudah pekak dan beliau tidak akan melihat penderitaan rakyat kerana beliau sudah buta.

Suka atau tidak, terpaksalah kita tunggu hingga ke hari pemilihan UMNO kalau-kalau ada undi tidak percaya terhadap Abdullah atau ada pertandingan kerusi Presiden UMNO.

Kalau gagal juga, terpaksalah sekalian rakyat tunggu hingga saat Parlimen dibubarkan kembali (selewat-lewatnya 5 tahun akan datang) untuk kita membuat pilihan yang bijak bestari. Itupun kalau semangat masih membara.

Sekian, terima kasih.

Oleh: Sadik Sigajiwa

MELAYU MUDAH DITIPU 7:43 PTG

Saya pasti ramai orang Melayu marah bila membaca tajuk di atas. Merah padam muka. Marah, geram dan benci kepada penulis. Penulis tidak berkecil hati kerana itulah tindakan refleks yang sepatutnya ada pada setiap Melayu.

Penulis tidak berniat untuk membuat provokasi, cuma ingin membawa pembaca merenung jauh, menerobos ke dalam diri, mengenal diri sendiri.

Ibu-bapa ditipu oleh anak-anak, majikan ditipu oleh pekerja, pembeli ditipu oleh peniaga dan rakyat ditipu oleh para pemimpin. Kenapa kita mudah ditipu? Terlalu bodoh kah kita? Saya rasa tidak. Ini kerana ada dikalangan mangsa penipuan ini terdiri daripada golongan professional.

Kita ditipu kerana sikap kita yang mudah percaya tanpa usul periksa. Dalam erti kata lain, kita percaya secara membuta tuli, terutamanya cakap-cakap pemimpin atasan. Kita tidak pernah mempersoalkan kebenaran walaupun hujah-hujah pemimpin kita kadang kala ada sedikit kejanggalan. Kita terima bulat-bulat. Kita taksub.

Masih saya ingat ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Para pemimpin UMNO masuk ke kampung-kampung memberi penerangan. (yang lebih banyak kepada pembohongan sebenarnya)

Mereka kata Anwar pembelot! Anwar petualang! Anwar pengkhianat! Anwar jual rahsia negara.
Habis satu kampung saya percaya dan sampai hari ini masih ada saki-baki Melayu yang mindanya tertutup percaya kepada pembohongan ini.

Hari demi hari saya tunggu. Bilakah Anwar Ibrahim akan didakwa kerana 'kononnya' menjual rahsia negara. Besar kesalahan ini, bukan main-main. Tetapi sebaliknya Anwar didakwa atas tuduhan salahguna kuasa dan 'kononnya' meliwat. Tilam yang diusung kesana-kemari, bukannya dokumen yang 'kononnya' dibocorkan oleh Anwar.

Apa dah jadi ni? Kenapa tidak mendakwa Anwar atas tuduhan menjual rahsia negara? Jika benar, kenapa tidak didakwa saja? Ternyata penerangan tokoh-tokoh UMNO selama ini, terutamanya Tun Mahathir adalah suatu pembohongan kepada umat Melayu. Dan kita umat Melayu masih percaya dan rela ditipu oleh politikus yang memperjuangkan kepentingan peribadi.

Renung-renungkanlah!


Oleh: Anuar Musang

MAHATHIR WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS 7:58 PTG



Setelah menarik diri dari UMNO, saya kira kerajaan patut mengkaji semula kedudukan Tun Mahathir Mohammad sebagai Penasihat Petronas.

Ini kerana tanpa Mahathir Petronas boleh berkembang maju. Apalah yang hendak dinasihatkan oleh Mahathir ini. Beliau bukanlah berkelulusan dalam bidang petroleum, ekonomi mahupun pengurusan perniagaan.

Beliau adalah lulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari Universiti Malaya. Bagai langit dengan bumi, kelulusan dan tugas yang diberi.

Lagipun, bukankah Petronas mempunyai Lembaga Pengarahnya sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab memacu Petronas ke hadapan. Tanpa Mahathir, sepuluh orang ahli lembaga pengarah masih boleh mentadbir Petronas.

Ingatlah. Zaman Mahathir sudah berlalu. Di era harga minyak makin meningkat, kerajaan perlu bijak berbelanja. Jika kontrak Mahathir ditamatkan, sekurang-kurangnya kerajaan dapat menjimatkan RM15,000.00 sebulan dan RM180,000.00 setahun. Mungkin bagi sesetengah orang jumlah ini terlalu kecil. Tapi bagaimana dengan rakyat bawahan, golongan marhaen yang kais pagi makan pagi. Fikirlah kesengsaraan rakyat.

Kalau saya berada dikedudukan Mahathir, saya rela meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas. Malu untuk saya makan hak rakyat yang hidup dalam kesempitan.

Andai benar Tun Mahathir berjuang untuk agama, bangsa dan negara, maka wajarlah beliau melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas. Jangan jadi HIPOKRIT!

Kita sebagai rakyat sepatutnya boleh menilai siapa sebenarnya Mahathir Mohammad ini. Bukalah minda. Relakah kita ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh politikus ini. Sanggupkah kita ditipu sampai mati?

Oleh: Sadik Sigajiwa (adik kepada Tuan Sadik Sigaraga)

AHLI UMNO HIPOKRIT ! 6:58 PTG


BENAR.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Kak Pidah (Rafidah Aziz) - Ahli UMNO hipokrit. Termasuklah diri beliau sendiri.
Kenapa ahli-ahli UMNO menjadi hipokrit?
Soalan ini selayaknya di jawab oleh manusia yang diberi nama Mahathir.
Kenapa Mahathir layak menjawab soalan ini?
Jawapannya mudah - Mahathir lah pelopor budaya hipokrit di dalam UMNO.
Selama 22 tahun memerintah, Mahathir menyemai budaya hipokrit di dalam UMNO.
Ahli-ahli UMNO tidak boleh menentang arus. Tidak boleh membantah kata Presiden. Membantah badan binasa. Tidak boleh berbeza pendapat, nanti kena pecat.
Tidak boleh menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan Presiden. Semua ahli kena jadi "yes man", jadi "pak turut", jadi "pak sanggup". Jangan banyak komplen nanti kena tindakan disiplin. Kalau ada rasa tidak puas hati, simpan dalam hati sampai mati. Jadi hipokrit.
Budaya hipokrit ini sudah menjadi darah daging orang UMNO. Kalau ditoreh tangan ahli-ahli UMNO, maka akan keluarlah darah hipokrit.
Malangnya budaya hipokrit ini diamalkan secara berterusan. Ada kesinambungannya. Sekarang Pak Lah "hadhari" pula yang menyambung warisan tradisi UMNO ini.
Oleh: Anuar Musang

BUKTI - SPR TIDAK BEBAS DAN TELUS 8:52 PTG


Keratan akhbar Utusan Online di atas menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebuah badan yang tidak bebas. Ini kerana keputusannya membatalkan penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dipengaruhi oleh kabinet.
Pekung di dada sudah pun terbuka walaupun pengerusi SPR, Ab. Rashid Ab. Rahman bermati-matian mengatakan bahawa suruhanjaya yang dikepalai olehnya itu adalah telus dan bebas.
Kabinet tidak berhak campur tangan dalam hal ehwal pilihanraya walaupun sekadar memberi cadangan kerana ia sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keputusan SPR. Ini akan membuat SPR serba-salah dan berbelah-bahagi dalam membuat keputusan dan kredibiliti SPR boleh dipersoalkan.
Renung-renungkanlah, betapa "demokrasi "nya Malaysiaku tercinta.
Oleh: Anuar Musang

KENAPA MAHATHIR KELUAR UMNO? 7:46 PTG

Mahathir keluar UMNO? Langsung saya tidak terkejut dengan berita itu, malah saya sudah dapat membaca tindakan ini selepas PRU12, lebih-lebih lagi bila pandangannya tidak diendah oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, terutamanya Abdullah Badawi.

Kenapa Mahathir keluar parti yang ditubuhkannya selepas pengharaman UMNO yang asal pada tahun 1988. Kenapa? Adakah tindakan beliau demi kepentingan kaum Melayu sejagat, atau beliau ada kepentingan peribadi. Fikirkanlah !

Mahathir dilihat mula kurang senang dengan Abdullah selepas pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura. Bermati-matian beliau cuba mempertahankan jambatan itu, namun hakikatnya Abdullah lebih berkuasa.

Selepas itu, boleh dikatakan apa saja tindakan Abdullah, tidak disenangi Mahathir. Ada saja perkara yang tidak kena pada pandangan Mahathir dan kemerosotan teruk Barisan Nasional dalam PRU12 menjadi senjata utama untuk Mahathir menekan Abdullah supaya berundur.

Setelah tuntutan tidak dilayan oleh Abdullah, kemuncaknya Mahathir terpaksa berundur. Cuma bezanya 'sandiwara' kali ini, beliau tidak dipujuk oleh Kak Pidah. Tiada siapa yang menangisi pemergian Mahathir, kecuali Sanusi Junid yang mengiringi Mahathir.

Namun Abdullah masih disitu, masih begitu. Berundur bererti pengecut, berundur bererti tertutuplah pintu rezeki untuk diri dan keturunannya. Sedangkan Mahathir boleh berkuasa selama 22 tahun, mana mungkin Abdullah berkuasa selama 5 tahun sahaja. Belum puas beliau duduk di kerusi empuk Perdana Menteri (kerana jarang masuk pejabat). Tempoh 5 tahun tidak sempat untuk mengumpul harta, mana sempat untuk melebarkan empayar perniagaan keluarga.

Persoalan sekarang, "Kenapa Mahathir keluar UMNO". Tentu ada sebab yang tersembunyi. Beliau bukan setakat tidak berpuas hati dengan Abdullah, malah dengan adik, anak dan menantu Abdullah.

Jawapannya sangat mudah. Semua tindakan yang Mahathir lakukan adalah disebabkan kepentingannya dan perniagaan anak-anaknya agak terjejas akibat kerakusan dinasti keluarga Abdullah dalam memonopoli membolot sumber kekayaan negara.

Saya pasti pakej pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan itu ada kaitan secara tidak langsung samada kepada Mahathir, keluarga ataupun kroni-kroninya. Ini kerana sudah menjadi lumrah manusia akan memperjuangkan sesuatu yang boleh memberi faedah kepada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai.

Fikirkanlah wahai rakyat jelata sekalian.

Oleh: Sadik Sigajiwa

KASIHANILAH ABDULLAH 5:42 PTG

Melihat senario terkini politik tanahair, perasaan saya berbaur. Marah, sedih, terkilan, malah lucu pun ada. Lantas terdetik dihati saya, "itulah rakyat Malaysia".

Dari dulu, kini dan mungkin selamanya, rakyat Malaysia akan bersikap sedemikian. Itulah "trademark" rakyat Malaysia. Tidak kira dari golongan manapun kita, baik golongan atasan mahupun marhaen, dari penoreh getah hingga ke pengilang getah, dari pembaca berita hinggalah ke Menteri Penerangannya, itulah sikap kita.

Kita akan membuat bising bila sesuatu 'insiden' baru berlaku dan ketika suasana masih panas. Namun bila matahari tenggelam dan bulan menjelma, suasana panas bertukar dingin, kita lupa 'insiden' yang berlaku dipagi tadi.

Itulah hakikat yang harus kita terima. "Hangat-hangat tahi ayam" adalah perumpamaan yang bertepatan bagi menggambarkan siapa orang kita. Sebagai contoh, bila harga ayam naik, semua pihak baik para pengguna mahupun Fomca membuat kecoh. "Boikot Ayam", "Jangan Beli Ayam" dan bermacam-macam kempen yang kedengaran. Tetapi selang beberapa hari orang yang kononnya memboikot ayam itu sendiri dilihat di pasar membeli ayam.

Begitulah halnya dengan politik tanahair. Apabila Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3, riuh-rendah disana-sini seolah-olah dunia mahu kiamat. Bersimpang-siur jari tuding-menuding sesama sendiri mencari kesilapan siapa. Masing-masing menyelak kain seteru mencari 'kurap' yang menjadi punca gatal dibadan. Tapi saya percaya, semua ini tidak lama, tunggulah sedikit masa lagi, saya pasti tidak akan ada lagi suara-suara yang mendesak Abdullah Badawi berundur diri.

Rata-rata ahli UMNO yang sempat saya temui menyalahkan Abdullah Badawi diatas prestasi terburuk Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum. Mungkin ada benarnya. Saya tidak nafikan sedikit-sebanyak kelemahan dan kealpaan Abdullah Badawi menyumbang kepada kekalahan tersebut.

Namun, adalah tidak adil untuk meletakkan beban dibahu Abdullah sendirian.
Kalau dihalusi, era gelap UMNO bermula sejak "Krisis Mahathir-KuLi" lagi atau lebih tepat, di zaman pemerintahan Mahathir. Kemudian diburukkan lagi dengan pemecatan Anwar Ibrahim dan kesannya paling ketara di zaman Abdullah Badawi kerana strategi politik yang tidak mengena, alpa dan kerap tertidur,lebih-lebih lagi selepas beristeri baru-mungkin keletihan.

Kalau UMNO itu diibaratkan 'tandas', adalah tidak wajar membiarkan Abdullah Badawi menyucikan 'najis' yang ditinggalkan oleh Mahathir. Tidak adil menuding jari ke hidung Abdullah bila 'najis' Mahathir menjadi semakin hitam dan membusuk.

Sepatutnya Mahathir yang sudah tamat 'shift' kerjanya membantu atau menasihati Abdullah yang baru memulakan tugas atau setidak-tidaknya tunjukkan dimana 'najis' yang perlu dicuci sebelum ia dapat dihidu oleh rakyat jelata. Kasihanilah Abdullah.

Saya bukanlah penyokong Abdullah mahupun Mahathir dan saya tidak pernah mendapat wang walau satu sen pun dari kocek mereka berdua.


Oleh: Sadik Sigajiwa

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN 9:12 PTG


Abdullah Badawi dan Patrick "Badawi"

Patrick Badawi dan Kamaluddin

Patrick Badawi dan Idris Jusoh

Abdullah dan Patrick

KARTUN DARIPADA ZUNAR 8:27 PTG









OH !.....PAK LAH 6:50 PTG


BLOGGER PERTAMA MENCIUM TANGAN PAKLAH 5:58 PTG



























Sang Kelembai ketika berceramah dipentas PAS memaki hamun Pak Lah sebelum PRU12 yang lalu di Serkam Darat

Blogger pertama yang di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi. (Kini beliau adalah blogger pertama yang mencium tangan Abdullah Ahmad Badawi)

Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.

Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.

Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai.Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.

Sumber: http://kickdefella.wordpress.com/

Sekarang kita sudah tahu siapa sebenarnya Sang Kelembai ini, manusia hipokrit yang mementingkan diri sendiri. Rupa-rupanya wang ringgit yang dikejarnya selama ini sehingga sanggup menjilat ludah sendiri.

Kembalinya Sang Kelembai ke dalam UMNO bolehlah diibaratkan umpama "pulangnya beruk ke dalam hutan"